Wajah Lib Terkini .....01 November 2010

Wajah Lib Terkini .....01 November 2010

Jumaat, 24 Disember 2010

Perasmian Perpustakaan Cawangan Bertam


















Pada 18/12/2010 Perpustakaan Cawangan Berta
m , Kepala Batas bersama 6 buah Perpustakaan Desa PNM dalam Parlimen Tasek Gelugor telah dirasmikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu majlis yg diadakan di Perkarangan Perpustakaan Caw Bertam. 6 buah perpustakaan desa PNM yang turut dirasmikan pada hari itu ialah : PD Pokok Tampang, PD Lahar Tambun, PD Simpang Tiga, PD Ladang Mayfield, PD Taman Koskam dan PD Taman Tun Dr Awang.

Sempena Majlis Perasmian tersebut pelbagai acara lain juga turut diadakan seperti Pertandingan Mewarna kepada kanak bawah 12 tahun..... Seramai hampir 100 org kanak2 mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna yg diadakan dalam 3 kategori....

Pertandingan Gubahan Lipatan kepada pengguna dewasa juga turut diadakan..... Sambutan amat menggalakan dimana seramai 13 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan Gubahan Lipatan....

Sabtu, 6 November 2010

Kunjungan Kanak-kanak Tabika Pasti ke PDSI Tasek Gelugor pada 03 November 2010





Pada 03hb November 2010, PDSI Tasek Gelugor menerima kunjungan seramai 50 orang murid -murid bersama 3 orang guru dari TABIKA PASTI FATIMAH AZZAHRAH Tasek Gelugor,

Saya bersama guru telah mengadakan "Aktiviti Read To Me" kepada murid2 dan juga Kuiz secara Spontan kepada mereka.... Saya juga meminta murid yang dapat membaca dengan lancar supaya tampil menunjukkan kebolehan masing2... 3 orang murid telah menunjukkan kebolehan mereka membaca dan saya telah memberi mereka hadiah... Murid2 yg dapat menjawab soalan kuiz dapat hadiah penanda buku yang comel dari saya... Murid-murid nampak seronok sangat dan nak datang lagi.... kepada semua murid saya edarkan flyer Lib dan minta mereka berikan pada ibu bapa masing2.... Lepas ni saya harap mereka dapat mengajak ibu bapa mereka datang bersama ke LIB..........

Sekitar Program kenduri Bahasa - 22 Oktober 2010




The Us Miaterm Election by: Dr David Plotke - Auditorium PPAPP - 03 Oktober 2010



Jamuan Hari Raya & Sambutan Hari Lahir Jun, Julai, Ogos 2010 - 28 Sept 2010




Khamis, 19 Ogos 2010

Khamis, 12 Ogos 2010

Gambar Sempena Program Mai Riuh SMK Paya Keladi Kepala Batas





Mai Riuh............

pada 7hb & 8hb Ogos 2010 bertempat di SMK Paya Keladi kami staf SPU mengadakan promosi perpustakaan sempena Program Mai Riuh.. DUN Pinang Tunggal Parlimen Kepala Batas, Program dirasmikan oleh mantan Perdana menteri Malaysia ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi....Staf SPU yang terlibat bergilir2 bertugas di gerai PPAPP. Kami mengadakan aktiviti serta membuat pendaftaran keahlian... Sepanjang 2 hari disana kami berjaya mendapat hampir 150 keahlian baru.......Terima kasih kepada staf SPU yang terlibat

Pn. Sharmila - Desa Pinang Tunggal
Pn. Norliza - Desa Ekor kucing
Pn. Hajar - Desa Kubang Menerong
Pn. Aziyanti - Desa Kg Tok Bedu
Pn. Zaiton - Desa Tasek Gelugor
Pn. Rosnaliza - Desa Lahar Minyak
Pn. Zalina - Desa Kota Aur

Khamis, 5 Ogos 2010

Bahagian Pinjaman


Ahad, 18 Julai 2010

Seminar Al-Quran





Program-Seminar Al-Quran - TEMA : "MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN
Tarikh: 18/07/2010 (AHAD)
Tempat: Dewan Milenium Kepala Batas, Seberang Perai Utara

Sesi 1 - Al-Quran dan Sains

Sesi 2 - Al-Quran dan Ekonomi

Sesi 3 - Al-Quran dan Masyarakat

Sesi 4 - Pelancaran Ramadhan di Gaza

Jumaat, 18 Jun 2010

Aktiviti Jun 2010

Pada 17/06/2010 (Khamis) pdtg mengadakan pula aktiviti Cekap Minda- Peserta diminta mengisi kotak kosong hingga membentuk kosa kata yang betul berdasarkan pembayang yang diberikan . Soalan diambil dari majalah Asuh keluaran Jun 2010... Hanya 10 peserta yang ingin mencuba.... maklumlah agak mencabar... masing2 ingin melepaskan diri......... sebanyak 14 soalan perlu dijawab tak ada sorang pun dapat menjawab dengan betul........







Pada 11/06/2010 pula diadakan aktiviti mewarna..... budak2 ni kalau mewarna ... memang nak sangat... tahulah dia orang malas nak fikir...... kalau mewarna tu tak payah fikir banyak2....main tenyeh aje.........







Pada 10/06/2010 pdtg telah mengadakan aktiviti pantun teka teki . Seramai 15 kanak2 mengambil bahagian. aktiviti ini dijalankan seperti permainan kotak beracun dimana muzik dipasang dan peserta diminta passing objek kepada rakan disebelah, 2 objek digunakan... satu objek kecil dan satu objek besar .Apabila muzik berhenti peserta yang memegang objek besar diminta membaca pantun teka teki dan peserta yg memegang objek kecil menjawab teka teki tersebut.......Pantun tu saya yang sediakan........sapa tak leh jawab kena denda...........















Sabtu, 8 Mei 2010

Aktiviti Mac 2010







Sempena Karnibal Kraftangan pada bulan ini... Pdsitg juga mengambil kesempatan dengan mengadakan Aktiviti Kraf - Menghias tudung saji..... Aktiviti ini diadakan dengan kerjasama guru bimbingan yang dijemput dari KEMAS bagi menunjuk ajar cara2 menghias tudung saji pada kaum wanita.........
Lihatlah betapa cantiknya Tudung saji yang telah dihias indah oleh peserta.......